Top Ad unit 728 × 90

AKU SEBUAH BASIKAL - CAROL TAN (4M/2014)


Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Arkus. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Subang Jaya, Selangor.

Aku dihantar ke Subang Jaya dengan menggunakan lori kecil. Kedai itu dikenali sebagai CHRIS SHOP SDN.BHD. Di sini, aku di pamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihan aku tetapi mereka tidak mampu untuk membeli aku kerana aku dijual dengan agak mahal, iaitu RM 350.

Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang berumur 10 tahun telah membeliku. Dia membayar membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya. Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama William.

William selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar  di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa bangga kerana dapaat berkhidmat untuk tuan aku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkan setelah digunakan.

Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badan ku telah berkarat. Cat di badanku juga telah lusuh. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah William. Di sini aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.

AKU SEBUAH BASIKAL - CAROL TAN (4M/2014) Reviewed by SJKC Pui Ying, Klang on 23:48 Rating: 5

没有评论:

All Rights Reserved by SJK(C) PUI YING © 2014 - 2015
Designed by JOJOThemes

联系人表单

名称

电子邮件 *

消息 *

Blogger 提供支持.